🌟Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah
ii. ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.
Kata pemeri ialah digunakan di hadapan frasa nama
CONTOH ;
1 Azila ialah murid yang bijak.
(Dalam ayat di atas, murid yang bijak ialah frasa nama)
Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif.
Contoh penggunaan 'adalah'.
1. Hadiah ini adalah daripada ayah Amir.
(Dalam ayat di atas, daripada ayah Amir ialah frasa sendi nama kerana 'daripada' merupakan kata sendi nama)
KLIK LINK KUIZ KATA PEMERI
https://forms.gle/9rTNQDNW1uMayDMBA
KLIK LINK GRUP TELEGRAM ' BELAJAR BERSAMA DGEMZ'
https://t.me/joinchat/B0_M0WK5tt9iYmJl
Terima kasih dan selamat belajar.