BABI's official trailer • 黃明志禁片【你是豬 | BABI】預告 | 1120全台上映 @金馬影展2020
Fakta ringkas kenyataan Ellie Suriaty
1. Filem BABI diterbitkan oleh Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee
2. Hanya trailer BABI sahaja yang dimuatnaik di Youtube. Filem penuh masih belum di mainkan sama ada di media sosial mahupun di panggung wayang.
3. Namewee dakwa BABI diharamkan di Malaysia sedangkan filem tersebut belum pernah di hantar untuk penapisan oleh Lembaga Penapisan Filem.
4. Tajuk asal filem ini yang diluluskan dibawah Sijil Perakuan Penggambaran FINAS ialah "SEKOLAH"..Pertukaran nama kepada BABI tidak dimaklumkan atau mendapat kelulusan FINAS dibawah SPPyang dikeluarkan kepada pihak Namewee.
5. Trailer BABI memberi gambaran yang tidak benar mengenai kekejaman Polis terhadap pelajar sekolah.
6. Trailer BABI juga memberi gambaran yang tidak benar mengenai suasana perkauman / racism di sekolah sekolah kebangsaan.
7. Filem BABI yang menceritakan mengenai suasana kehidupan tiga kaum utama di Malaysia harus lah ditayangkan di Malaysia dahulu dan bukan nya dimainkan di luar negara untuk bina persepsi.
8. BABI perlu melalui proses penapisan dan jika didapati ianya baik untuk mengukuhkan perpaduan kaum, harus lah di tayangkan di Malaysia tanpa ragu ragu.
9. Namewee tidak perlu gusar dengan proses penapisan di Malaysia, kecuali lah beliau memang ada niat yang tidak baik dalam menerbitkan filem BABI.
P.S BABI memang binatang haram disentuh atau dimakan oleh umat Islam.