Dalam 2-3 tahun ni, kita boleh je tengok ramai orang naik bisnesnya.. Tiba-tiba naik, mencanak-canak naik. Lagi-lagi, dah ada tiktok, yang banyak melonjakkan bisnes tu..
Tapi..
Jangan lupa! Ada ramai yang naik, ada ramai juga yang turun, dan ada ramai juga yang hilang.. PKP ramai naik, tapi 2023 ramai dah hilang.. Ramai juga dah jatuh..
Menda ni bukan berlaku sekarang je, tapi berlaku dari dulu lagi.. Dari awal saya terlibat dunia bisnes online dari 2007 lagi, sampai sekarang, banyak dah yang saya saksikan.. Termasuk dari pengalaman sendiri..
"BANYAK BISNES YANG TAK BERTAHAN NI, SEBAB KURANGNYA KEBERKATAN, ATAU HILANG KEBERKATANNYA!"
Bagaimana?
Ada bisnesnya naik mencanak2, dek viral.. dek kontroversi.. berjuta2 sales, hari ni jatuh, sampai simpanan pon takde.. sebab apa? Sibuk kontroversi, bergaduh dgn org je dlm bisnes... asik memaki, fitnah sana sini..
Ada bisnesnya, bagus.. bayar cukai baik semua.. Pelanggan jaga.. produk bagus.. tapi, tak bayar zakat.. atau buat tak tahu zakat.. tak tunai zakat, memang hilang berkat..
Ada yang, tipu kat produk.. Produk beauty, dimasukkan mercury untuk bagi kesan cepat.. kononnya skit je masuk, takpe.. tak dosa, sebab tak efek teruk.. Ada berkat ke camtu?
Ada bisnes, yang kerjanya nak tunjuk kesombongan diri.. show off manjang.. nak bagi orang puji.. orang pandang tinggi.. katanya, reward diri, hargai diri..
Ada yang, langgar dgn berani hukum syarak, gadai maruah diri demi view, demi dapatkan ramai pelanggan. Katanya, kubur lain-lain, usah sibuk hal orang lain.. Katanya lagi, -"Doakan saya dapat hidayah nanti" (tu kalau dapat.. kalau dapat malaikatmaut dulu, camna?)
Ini bukan sindiran ataupun perli ye..
Ini dari pemerhatian saya, dan pengalaman saya yang ingin saya sampaikan kepada semua..
PESANAN SAYA - Jagalah keberkatan, supaya apa yang kita usahakan berkekalan, dan sentiasa dalam ketenangan..
HARTA YANG BANYAK ITU BUKAN YANG UTAMA, YANG PALING BERKAT ITU PALING UTAMA..
Bulan puasa ni, ambil kesempatan tunaikan zakat harta, zakat bisnes 2023'tu, mahupun 2024 ni.. (setakat Ramadhan)
Wajib zakat bisnes tu.. InsyaAllah bisnes berkat!
SETUJU?
Nak lagi tips motivasi dan inspirasi macam ni?
Jom follow IG Pesan Sifu Jamal / pesansifujamal