Pasaraya ini terletak berhampiran LRT Station Cheras. Memang terbaik di Bandar Sri Permaisuri selain kemudahan Teksi dan LRT berdekatan. Untuk membeli keperluan harian disini terdapat bermacam-macam barang boleh didapati. Systematic dan tidak terlalu sibuk memudahkan kita mencari barang keperluan. Harga memang berpatutan selain itu kesegaran memang dijamin. Pekerja disini ramah mesra dan senang sentiasa membantu pelanggan. Pasaraya ini juga terdapat DIY store yang terletak di tingkat 2 sekiranya mencari keperluan lain. Restaurant ada tersedia bersebelahan Pasaraya ini. 7 Eleven Store terletak berhadapan sebelah kanan tidak jauh dari sini. Sekiranya membeli belah untuk Hari Raya disini lah yang terbaik di Bandar Sri Permaisuri. Datang lah berkunjung ke Pasaraya Fresh Grocer semua ada disini. Saya tidak ditaja atau mendapat keistimewaan dari Pasaraya ini cuma sekadar ingin membantu agar kita semua senang dan mudah membeli belah nanti.