Baru-baru ni, saya meronda nak beli barang kemas raya dan juga tengok2 juga bar gold untuk jadi aset jangka masa panjang.. di area Wangsa Maju..
Saya singgah la di Payang Jewellery ni..
Niatnya - satu, nak tgok barang kemas raya.. Satu lagi, nak riki harga bar gold PAMP SUISSE, dalam 2-3 kg emas.. (bukan untuk saya, tapi untuk anak murid yang minta tanya tanyakan..)
Bagus la, untung bisnes raya, tukar ke emas ..
Saya suka tengok Qayyum ni.. punyala ramai pesaing dinkawasan dia ni, tapi rileks je dia.. steady je.. dekat 10 kedai emas tu, dekat2!
PERCAYA PADA REZEKI! Itu penting..
Selain itu, strategi juga penting..Antara yang saya share dekat dia, strategi advertising yang konsisten, akan buatkan kedai dia akan sentiasa ramai orang.
8 TIPS BILA BUAT ADS TARIK KE KEDAI, WALAUPUN PESAING RAMAI!
1. Buat swot analysis, cari USP & kelaninan yang betul2 nak highlight dlm advertising tu.
2. Buat ads tu, pecahkan kepada 3-5 segment audien berbeza. (orang keja gov ke, pasangan baru kawin ke, parent ada anak kecik ke)
3. Letakkan lokasi, atau kawasan audien yang kita sasarkan pada headline atau thumbnail ads tu.. Supaya audien cepat alert..
4. Bila setting ada tu, betul2 select kawasan & radius yang bersesuaian..(jgn terlalu kecil audien, takut mahal kosnya)
5.Kalau ada database, dan juga followers, boleh guna retargetting ads, dgn design2 baru atau offer menarik..
6. Ads awal, kalau boleh push bina engagement dulu, supaya bila diorang jumpa ads seterusnya, senang nak tarik..
7. Dlm ads, masukkan elemen FOMO, supaya orang tak bertangguh atau tak tunggu2 lagi utk datang ke kedai..(offer raya ke, limited produk ke, exclusive gift ke)
8. Masukkan vibe dlm ads tu.. yg tunjukkan ramai orang dah dtg, dah beli..(komen byk ke, ramai org beratur ke, produk ada yg dah sold out ke)
Ok tu je nak sharing2 Jumaat ptg ni..
ps - Siapa lagi ada kedai2, yang boleh saya singgah menjelang raya ni? (Mantahu, saya singgah ke.. saja nak meronda2 ni)