Salahkah Suami makan Gaji Isteri?? Saya dijemput bersama suami untuk datang ke Studio Wanita Hari Ini di Sri Pentas pada 15 April 2016 yang lalu untuk menjadi panel bagi topik panas : Suami Makan Gaji Isteri!! - Tajuk yang ditolak ramai dan tak ramai yang berani sanggup untuk tampil membincangkan tajuk ini ..kerana tajuk ini agak sensasi dan mudah disalah tanggap..
Ada juga yang salah tanggap apabila suami saya berhenti kerja hampir empat tahun yang lalu semata-mata untuk membantu saya untuk fokus dalam Bisnes Shaklee.. Bagi mereka suami saya hanya duduk diam goyang kaki makan hasil pendapatan isteri dia ni..
Sebenar nya tidak begitu.. Malah bisnes kami berkembang pesat dan pernah mencapai jualan RM 22 Juta setahun sehingga kami berjaya menggondol Anugerah Presidential Master Shaklee pada tahun 2014 - dan itu berlaku selepas beliau berhenti kerja!!
Maka saya ambil kesempatan ini untuk menerima undangan tersebut bagi membetulkan persepsi orang ramai tentang anggapan suami makan gaji iesteri tersebut... Jemput tonton dan komen!!
WAHM & Business : http://yoursupermom.net/
Health & Fitness : http://www.diarivitamin.com/