Kebangkitan Budak-Budak Pasar Malam!

Опубликовано: 10 Июнь 2026
на канале: SifuBad
181
0

Dari budak lepasan SPM, dari felda di Grik, Perak mula berniaga di pasar malam.. Jual kasut, converse masa tu.. 2017 tak silap saya.. Biarpun orang nampak niaga pasar malam takkan pergi jauh, tapi Ikmal 'kontena' ni yakin dia bakal pergi jauh..

Dan, hari ini, dari pasar malam sudah totally ke dunia online..Dari bisnes 3-4k sebulan, kini dah mampu cecah 500-800k sebulan! Dari bisnes jual kasut jenama Converse, kini keluarkan kasut brand sendiri.. SAUKASS!

Saya malas nak cerita tentang apa strategi, apa plan bisnes dia.. Tapi, saya nak cerita tentang motivasi & inspirasi dari geng2 'budak pasar malam' yang mencipta kebangkitan luarbiasa dalam bisnes..

Saya dari usia 18-23 tahun, juga bergelar budak pasar malam.. ada masa full time, ada masa part time (masa masuk u). Boleh la jugak claim sebagai budak pasar malam kan?😝

Apa yang saya nampak kat 'budak pasar malam' ni..

1. Budak pasar malam ni, diaorang ni jumpa pelbagai jenis customer.. Jadi, diorang ni banyak mengenali jenis2 customer. Thats why, diorang ni ada kemampuan bina rapport dgn sangat cepat. Senang masuk ngan orang, ngan senang masuk air😝 (kalau korang tgok ikmal ni, dia macam tu la)

2. Lagi, diorang ni bijak tengok peluang.. Apa produk laku.. Apa demand yang naik.. Apa produk yang fresh in market.. Apa yang rare in market.. Begitu juga, bila diorang main game bisnes dunia online..

3. Diorang ni berani! Gila-gila plak tu.. Ye la, kat pasar malam ni nak tarik orang kena bersuara, kena ada cara tersendiri untuk tarik perharian pelanggan. Tu yang terkeluar idea macam2 masa tarik pelanggan.

4. Inovasi! Ya, budak pasar malam suka berinovasi.. Inovasi cara susun produk, cara present, cara komunkasi, inovasi dalam produk dihasilkan..

5. Menarik, memang diorang menarik. Ada persona.. Dengan penampilannya,dgn ayatnya, gayanya! Ramai kat tiktok skrg ni, budak2 pasar malam bangkit dalam bisnes diorang. Betul tak?

6. Motivasi dan inspirasi diorang ni tinggi. Diorang ada idola2 diorang. Diorang juga ada visi atau impian yang besar sebenarnya.. (ramai orang tak nampak sebenarnya).

Itu pandangan saya lah ye..

Ada geng pasar malam sini? SETUJU KE?