Key:A
Nyanyian Asal "Kamariah Noor"
'OST Filem Bawang Putih Bawang Merah 1959'
Kord gitar di dalam video..tab gitar disediakan..selamat menjamu selera haha
Lirik lagu Anggerik Desa
Apa dipandang kepada anggerik,
Tumbuhnya liar didalam hutan,
Mekar sehari, besok binasa,
Sebelum layu sudah pun mati.
Bukan memandang kepada cantik,
Pokok pangkalnya hati berkenan,
Kalau sesuai budi bahasa,
Sampai kekubur bersatu hati.
Bunga anggerik yang permai,
Memang molek dipakai.
Banyaklah bunga didalam taman,
Apalah guna anggerik di desa,
Molek pun tidak, wangi pun bukan,
Tidak sesuai untuk disunting.
Sungguhlah tuan bunga idaman,
Indah kerana budi bahasa,
Bukanlah cantik ditengah pekan,
Cantik berbuai dihujung ranting.
Bunga anggerik yang rendang,
Memang cantik dipandang.
Bunga berseri disinar malam,
Kumbang menari dengan cahaya,
Alam kekasih bunga dikarang,
Anggerik tak mungkin menukar ganti.
Sudah menjadi aturan alam,
Bunga penyeri taman bahgia,
Kumbang memilih bukan sebarang,
Anggerik didesa pujaan hati.
Bunga anggerik didesa,
Indah budi bahasa.”