KISAH Jenayah bersama SAK kembali lagi dengan penceritaan mengenai seorang 'wira tidak didendang'.
Suatu ketika dulu, penjenayah pernah menawarkan wang tunai hingga RM200,000 untuk sesiapa yang boleh menamatkan riwayatnya. Tangannya juga hampir hancur ditembusi peluru perompak dalam satu peristiwa berbalas tembak.
Namun itu bukan penghalang bagi bekas detektif Bahagian D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah, Bakrim@Ben Embok untuk menghambakan dirinya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Biarpun menerima pelbagai ancaman termasuk ditembak hingga berminggu terlantar di hospital, namun namanya terus terpahat antara anggota detektif ‘paling gemilang’ di zamannya bila berpuluh penjenayah ‘hardcore’ maut di hujung senjatanya!
Ikuti temubual khas Tuan Ben & SAK ini.
Dan, Jangan Lupa Subscribe Garasi TV!
#GarasiTV