JEMPUTAN SIDANG MEDIA
“MENGGESA KEPADA SEMUA MANGSA PELABURAN PLANETRADE UNTUK BERAMAI-RAMAI MEMBUAT
LAPORAN POLIS”
1. Pihak MHO telah menerima lebih kurang 140 aduan daripada Pengadu pengadu berkenaan suatu masalah yang sedang dihadapi mereka setelah mereka terlibat di dalam skim pelaburan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat. Pengadu-pengadu memaklumkan bahawa mereka telah diperkenalkan dengan tawaran pelaburan tersebut pada tahun 2021.
2. Syarikat tersebut mula merekrut beberapa orang agen untuk mempromosikan pelaburan tersebut sebagai Preferential Shareholder dalam syarikat Planetrade Holding Sdn Bhd yang dikatakan melakukan bisnes melabur di pasaran saham domestic dan juga luar negara. Ramai para pelabur awam mula mendepositkan pelaburan dengan bermula serendah RM30,000 (hingga ada yang jutaan ringgit) kepada akaun PTrade & mendapatkan dividen 4% setiap bulan seperti yang dijanjikan.
3. Masalah mulai timbul apabila para pelabur tidak lagi menerima bayaran divide bermula pada bulan Januari 2022. Usaha untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak syarikat telah gagal dengan pelbagai alasan-alasan yang tidak munasabah. Selepas itu mereka telah menggunakan pihak ketiga untukberunding, malangnya semua janji tinggal janji sehingga pelabur-pelabur mendapat tahu bahawa pengarah syarikat telahpun ditahan oleh pihak polis dan diambil tindakan kerana di atas laporan pengadu yang lain. Pihak MHO juga merujuk kepada Kenyataan Media oleh Pengarah Jabatan Siasatan Komersial bertarikh 24hb Feb 2022. Walaubagaimanapun masih ramai
pelabur-pelabur lain yang masih belum lagi mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya dan masih berasa tidak pasti dan ragu-ragu untuk membuat laporan polis di atas kes penipuan ini.
4. Justeru itu, pihak Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) akan membuat satu sidang media untuk menyeru kepada kesemua mangsa-mangsa Planetrade untuk tampil dan membuat laporan polis berkenaan kes ini yang telah mengakibatkan kerugian wang jutaan ringgit.
5. Maka, pihak Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO)
dengan hati terbuka menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri sesi Sidang Media bersama Pelabur-Pelabur yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Musa Hassan (MCCC). Maklumat lanjut Sidang Media adalah sepertidi bawah :-
Tarikh : 1hb April 2023, (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : NASKEN COFFEE SG BESI
55, Jalan Tasik Utama 6
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur