Pusat Aspirasi Anak Perak atau dikenali sebagai PASAK merupakan sebuah agensi pembangunan modal Insan di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Yang Berhormat Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak.
PASAK merupakan kesinambungan daripada Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) yang ditubuhkan pada tahun 2011. Dahulunya PEKA banyak memfokuskan kepada pembangunan kerjaya dan belia sahaja, namun kini telah dijenamakan semula sebagai Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan ditambahbaik dari segi peranannya dalam organisasi kerajaan negeri Perak.
Sasaran PASAK juga menjadi semakin luas yang tidak fokus kepada belia dan kerjaya saja, malah turut fokuskan kepada semua lapisan masyarakat bandar, luar bandar, graduan, ibu tunggal, pemimpin masyarakat pelbagai peringkat dan merangkumi aspek pendidikan, industri, latihan kemahiran, modal insan, multimedia dan pelbagai lagi.
Kini, PASAK diterajui oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki sebagai Pengarah yang terkini. Mohon doakan agar PASAK terus komited dan istiqamah memberi khidmat bakti kepada rakyat khususnya di negeri Perak.
Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong, program dan pelbagai kursus kemahiran, boleh terus klik link di bawah:
🌐 Website : https://perakpasak.org/
👍 Facebook : / talentperakpage
🐦 Twitter : / perakpasak
🤳 Instagram : / perakpasak
📝 Telegram : https://t.me/perakpasak
📱 Tiktok : / perakpasak
🔗 Linkedin : linkedin.com/company/perakpasak