Baru bebas tahanan POCA, buat onar lagi

Опубликовано: 22 Октябрь 2024
на канале: Harian Metro
5,868
131

Dua penjenayah diberkas selepas melarikan selaras senapang patah, sebuah kenderaan mewah serta lapan beg tangan berjenama dari sebuah rumah di Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah di Klangi, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan itu susulan laporan dibuat anak mangsa yang berusia 32 tahun pada hari kejadian.

Shamsul Amar berkata, kedua-dua suspek ditahan ketika sedang berehat di sebuah stesen minyak Jalan Duta, menghala ke Kuala Lumpur kira-kira 5.15 petang.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai dalam perjalanan ke Johor.

Ketika tangkapan, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan Honda Civic dinaiki suspek selepas mereka cuba melanggar polis sehingga menyebabkan seorang anggota cedera di tangan kanan dan kaki.

Shamsul Amar berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, pada Isnin.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...


-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
▪️ Telegram https://t.me/hmetro
▪️ FB   / harianmetro  
▪️ Twitter   / hmetromy  
▪️ Instagram   / hmetromy  
▪️ TikTok   / hmetromy