Bendera Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia terdiri daripada 14 jalur melintang merah dan putih yang berselang-seli. Terdapat lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 berwarna kuning dengan latar belakang warna biru di sudut kiri Bendera Malaysia.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
#negerifm #ingatsampaibilabila #jalurgemilang #jiwamerdeka