Join "Membership" APHD Channel dan pilih "Exclusive video" untuk mendapatkan akses video eksklusif
JOIN NOW
► / @aphdchannel
Anda juga boleh download Mobile Apps APHD Channel dan langgan "subscription" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" , Tanpa Iklan dan Early Access
DOWNLOAD NOW
► https://linktr.ee/aphdchannel
_______________
Fenomena Paling Panas Di Asia
Suhu tinggi direkodkan di beberapa negara Asia sejak beberapa minggu lalu, selepas benua ini berdepan dengan fenomena haba panas sepanjang April 2023. Menurut laporan CNN, beberapa negara mencatatkan suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.
Gelombang haba terbentuk apabila udara terperangkap, dan kawasan yang terjejas boleh mengalami cuaca yang sangat panas. Suhu yang luar biasa panas berlangsung sekurang-kurangnya dua hari, dan dalam kes yang melampau boleh bertahan beberapa minggu.
Keletihan akibat terlalu panas kerana gelombang haba, boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius jika langkah berjaga-jaga tidak diambil dengan segera. Asia terus diancam dengan gelombang haba selari dengan ramalan saintis iklim mengenai 2023, di mana ia mungkin menjadi tahun paling panas di dunia.
Malaysia juga tidak ketinggalan sebagai antara sebahagian negara-negara di Asia yang berdepan dengan cuaca panas, berpunca daripada gelombang haba ini. Seluruh negara Asia Selatan dan Asia Tenggara turut berdepan gelombang haba ,dengan beberapa negara mencatat rekod suhu tinggi.
Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat kenapa negara-negara Asia sedang berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang melampau ini. Teruskan menonton.