Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Part 3 ni aku update tentang motorhome aku. Aku namakan "The Going Merry" nama aku ambil dari sebuah anime Jepun One Piece. Kali ni motorhome dah sampai kat tangan aku setelah beberapa purnama menunggu. Sekarang masa untuk aku sendiri buat baikpulih interior dan electrical motorhome ni. So far keadaan enjin memang baik dan mampu untuk bergerak jauh di atas jalan raya, pickup pun masih terbaik. Walaupun kenderaan ini sudah berumur 20 tahun lebih still masih mampu dipandu dengan selesa. Cuma ada lah beberapa masalah yang aku rasa boleh aku perbaiki di workshop tempat aku. Sampai2 ja terus bawak jalan2 dengan anak dan isteri ke Telok melano dimana aku test kenderaan ini semasa menaiki Feri Rambungan ke Lundu yang memakan masa perjalanan hampir 3 jam. Alhamdulillah selamat pergi dan balik walaupun ada masalah brake pum bocor. jika ada pertanyaan sila komen dan In Sha Allah aku akan jawab. Sekian...