Assalamualaikum, adanya video ini sekadar kenangan buat saya sendiri, anak2, isteri dan juga ibu dan ayah saya bersama keluarga mertua menunaikan umrah pada penghujung bulan September dan awal Oktober. Bertolak pada 29 September dan balik pada 12 Oktober 2022. Bagi saya biarlah sedikit kenangan ini saya simpan untuk mengingatkan saya ketika mana perasaan rindu saya berada di tanah suci Makkah. In sha Allah akan kembali lagi jika dijemput kembali menjadi tetamu Allah dan menziarah tempat2 Rasulullah dan para sahabat. Video yg saya kongsikan tidak ada rakaman semasa saya berada di Makkah.. ini kerana niat saya untuk fokus beribadah. Cuma rakaman sekitar Oman, dan ziarah2 di Madinah. Biarlah ianya menjadi core memory di dalam hati apa yang berlaku di Makkah.