Selangor International Expo (SIE) 2025
🗓️ 8 – 11 Oktober 2025 | 🕙 10.00 pagi – 6.00 petang
🏛️ Hall 4, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui FAMA menyertai Selangor International Expo (SIE) 2025 dengan menampilkan 12 usahawan agromakanan di bawah Pavilion KPKM.
🍈 Pameran ini mengetengahkan produk segar Ladang Kontrak seperti cendawan, nangka, melon dan kelapa muda, serta pelbagai produk Industri Makanan dan Asas Tani (IAT) seperti keropok ikan, biskut, cip buah-buahan dan minuman sarang burung.
FAMA turut menganjurkan sesi padanan perniagaan (business matching) bagi memperluas pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa. 🌏
Turut hadir dalam sesi lawatan Pavilion KPKM YBrs. Puan Habibah binti Sulaiman, Pengarah Kanan Galakan Pasaran & Kepenggunaan FAMA, YBrs. Encik Hairuddin bin Maslan, Ketua Penolong Setiausaha (BDI) KPKM dan YBrs. Encik Shahrulnizam bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn. Bhd.
“ 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”
🔁Galakan Pasaran Dalam Negara
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture