Negeri Kelantan Darul Naim ialah sebuah negeri yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan merupakan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia.
Negeri Kelantan bersempadan dengan Negeri Terengganu, Pahang dan Perak dan juga bersempadan antarabangsa dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kota Bharu merupakan ibu negeri bagi negeri Kelantan.
Negeri Kelantan terdiri dari 11 daerah (atau Jajahan). Istilah jajahan hanya digunakan di negeri Kelantan sahaja, manakala negeri lain menggunakan istilah daerah.
Sumber: https://negerikelantan.com