Ivaniea Shaffiq - Sepertiku (Official Music Video) 4K HD

Опубликовано: 15 Октябрь 2025
на канале: Map Music
5,270
244

Ivaniea Shaffiq - Sepertiku (Official Music Video) 4K HD
#IvanieaShaffiq #Sepertiku

Subscribe & Follow Us »» http://bit.ly/2l4KXs9
♬Apple Music »» https://bfan.link/sepertiku/appleMusic
♬Spotify »» https://bfan.link/sepertiku/spotify
♬JOOX »» https://bfan.link/sepertiku/joox

Steam "Sepertiku" : https://bfan.link/sepertiku

Persembahan pentas bukanlah satu benda asing untuk Ivaniea Shaffiq. Mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang “teater” menjadikan Ivaniea seorang yang sudah biasa untuk berdepan dengan penonton. Ivaniea merupakan seorang pemegang Diploma Teater dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga graduan Ijazah Sarjana Muda Teater (Kepujian) dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Walaupun berpendidikan dalam bidang teater, bidang nyanyian adalah salah satu minat utama beliau, tidak hairanlah sekiranya ‘single’ pertama Ivaniea yang bertajuk “Sepertiku” adalah hasil ciptaan beliau sendiri. “Sepertiku” adalah merupakan lagu yang Istimewa bagi beliau yang mana beliau garap dengan melodi yang ‘easy listening’ serta lirik yang mudah difahami. Minat beliau pada muzik yang ‘relaxing’ seperti Pop Jazz diterjemah dengan baik melalui hasil kerjasama dengan producer Sternistic Mike serta arranger Wan Salehudin. Bunyi-bunyian “Major-vibe” diterjemahkan melalui instrumentasi ringkas seperti ukulele dan horn menjadikan “Sepertiku” sebuah lagu mood ceria yang dijangka akan menjadi malar segar.

Sebagai seorang penyanyi baru dari MAPMUSIC & pengurusan Shoreline Resources, beliau berharap karya beliau dapat diminati oleh peminat-peminat muzik tanahair. Ivaniea berpendapat bahawa single pertama beliau ini adalah pemangkin semangat pada beliau untuk mengeluarkan beberapa lagu lagi pada masa akan datang.

Lirik: Sepertiku - Ivaniea Shaffiq

(Verse)
Lihatlah langit sunyi sekali
Tak ada bintang yang menerangi
Begitulah hari tanpamu disisi
Ku kan slalu menunggu disini

(Pre Chorus)
Cinta dengarkanlah
Nyanyian melodi indah
Ku hadiahkan rindu buatmu..

(Chorus)
Burung berkicauan seakan rinduku bicara dihati
Bertanyakan apa khabarmu disana
Laut bergelora seolah cintaku membuak dijiwa
Adakah kau disana, pun merasa, perasaan yang sama
sepertiku

(Verse)
Senyum manismu tawa riangmu selalu bermain di
fikiranku
Akan ku selalu memanggil namamu hingga kau hadir
dalam mimpiku

(Pre Chorus)
Cinta dengarkanlah
Nyanyian melodi indah
Ku hadiahkan rindu buatmu..

(Chorus)
Burung berkicauan seakan rinduku bicara dihati
Bertanyakan apa khabarmu disana
Laut bergelora seolah cintaku membuak dijiwa
Adakah kau disana, pun merasa, perasaan yang sama
sepertiku

(Chorus)
Angin tiupkanlah rasa sayang ini kepada dirinya
Agar dia tahu tulusnya aku mencinta
Laut bergelora seolah cintaku membuak dijiwa
Adakah kau disana, pun merasa, perasaan yang sama
sepertiku


Executive Producer: Teoh B.Y
Line Producer: Azri Osman
Producer: Sternistic Mike
Composer: Ivaniea Shaffiq
Author: Ivaniea Shaffiq
Music Arranger: Wan Saleh
Guitar&Ukulele : EmyPakokGitar
Mixing: Wan Saleh
Music Recording: Wan Saleh
Vocal Recording: Wan Saleh
Vocal Processing: Wan Saleh
Mastering: Wan Saleh
Publishing: Media Asia Production Sdn Bhd
Cover Art: Jon Teoh
Idea & Concept: Jon Teoh
MV Director: Hiew Wei Keat, Low Kai Wei
Cinematographer: Hiew Wei Keat
Camera Assistant: Adrian Ong Zhen Xing
Video Editor: Hiew Wei Keat
Lighting: Leow Kai Wei
Post Production: EDV.IS Production
Makeup Artist: Crystal Soong
Talent: Faz, Tasya Naslee
Venue : Ruma Puteh
Special Thanks to: Boy,SykoG


Follow MAPMUSIC
» Facebook:   / 616117981822785  
» Instagram:   / mapmusicmy  
» TikTok:   / mapmusicmy  
» Website: http://www.mapmusic.my

Artist Show & Promotion: +6016- 609 6010
email: [email protected]