Majlis Konvokesyen Ke-10 diadakan pada 27-28 September 2014 di Dewan Besar UTeM. Seramai 2,396 graduan menerima ijazah masing-masing iaitu 12 doktor falsafah, 173 sarjana, 1,700 sarjana muda dan 511 diploma. Ijazah disampaikan oleh Tun Canselor UTeM pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang ia disampaikan oleh Pro Canselor UTeM. Penerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan ialah Y.Bhg. Tan Sri Datuk Ir Dr Haji Ahmad Tajuddin bin Ali.