Sambutan Deepavali tidak lengkap tanpa manisan tradisional India yang sinonim dengan perayaan pesta cahaya itu.
Lazimnya, manisan diberikan kepada keluarga, teman-teman dan jiran sebagai tanda muhibah, mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat perayaan.
Didorong permintaan tinggi, peniaga dari rumah, hotel dan restoran kini menawarkan kotak hadiah Deepavali yang dihias indah dan diisi pelbagai manisan khas.