Pandu uji X70 dari segi pengambilan selekoh tajam, selekoh panjang laju, kuasa naik bukit dan memotong kenderaan lain di kawasan berbukit.
Pengujian brek ketika menurun bukit dan kondisi brek apabila kerap digunakan.
Kebolehan X70 mengambil selekoh tajam, selekoh panjang laju adalah agak baik dan memuaskan. sesuatu yang tidak disangka tetapi berat kereta yang tinggi mengurangkan keseronokan untuk membrek lewat ketika mengambil selekoh.
Brek berfungsi dengan agak baik dan dalam penggunaan yang kerap dan stress tinggi tidak mengurangkan keboleahan dan efficient brek tersebut.
Dari segi kuasa ada "lag" atau delay sedikit bila pendikit di tekan ke lantai. Cuma pada waktu ini saya hanya menggunakan Normal Mode. Mungkin Sport Mode akan memberikan lebih urgency bila pendikit ditekan.
Keseluruhan amat berpuas hati dan ujian pemanduan ini dari segi rumusan nya tidak lah sesuai untuk kenderaan ini secara teorinya kerana keadaan kereta ini yang berat dan tinggi. Tetapi dari segi praktikal X70 mampu melakukannya.
Pemanduan secara santai, bersahaja dan selesa adalah tujuan X70 ini di buat dan memenuhi citarasa sebagai kereta keluarga yang selesa untuk dipandu dan dinaiki oleh ahli keluarga.