Dcromok - That Dream Is Most Evil with Lyric (Guitar Cover)

Опубликовано: 17 Июль 2026
на канале: MONGKET
1,404
101

Cover gitar lagu Dcromok berjudul THAT DREAM IS MOST EVIL...

D'Cromok ditubuhkan oleh Din setelah tidak bersama Cromok. ( Din adalah salah seorang ahli asal kumpulan Cromok 1987-1991 bersama Sam, Miji dan Karl semasa mereka menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia). Huruf 'D' pada pangkal perkataan Cromok sebenarnya bermaksud Din, dan Cromok merupakan nama kumpulan asal yang disertainya dahulu.

Atas sebab-sebab peribadi, Din bergerak secara solo dan telah menerbitkan album D'Cromok ' 'VII Years VII Days PART I tahun 1995 di bawah label ValentinSound d Productions VSP Record dan D'Cromok ' VII Years VII Days PART II 1996. Dalam album-album tersebut, Din berganding dengan beberapa guest musicians dan vocalists. Antaranya Rob Razak , Ly Razak dan Ijall dari band Suffercation. Vocalist Jaie dari Sil Khannaz , bassit Andy Peterson, Stone (Silent Death) dan Syafinaz untuk korus lagu Metallurgical Suite III dan Muhammad Syahmi dari Muar,Johor.

Din bertugas sebagai jurutera di Petronas Kemaman, Terengganu kemudiannya jatuh sakit dan meninggal dunia akibat demam malaria tahun 1997.

Sumber wikipedia -

#dcromok #mongket