Buka Kotak Asus Zenfone 2

Опубликовано: 25 Апрель 2026
на канале: TheSkop TV
29,952
107

Dalam siri buka kotak kali ini, kami bawakan kepada anda telefon pintar terbaru dari asus iaitu Zenfone2.

Telefon Zenfone2 ini adalah kesinambungan daripada telefon Zenfone yang mula diperkenalkan pada tahun lalu. Ia mempunyai beberapa ciri-ciri yang telah dipertingkatkan berbanding siri yang lepas.

Pada kotak telefon, Asus dengan bangganya memaparkan logo anugerah berprestij IF design award 2015 yang telah dimenangi untuk rekaan telefon Zenfone. Untuk pengetahuan anda, Asus Zenfone juga telah menerima sebanyak 238 anugerah yang lain diseluruh dunia.

Ada 3 jenis model Zenfone 2 yang dijual di Malaysia, iaitu ZE500CL, ZE550ML, dan ZE551ML. Unit yang ada pada kami ini adalah model ZE551ML berwarna merah, glamorous red, dengan kapasiti RAM 4GB dan storan dalaman 32gb.

Selain telefon, didalam kotak terdapat manual pengguna, kad waranti, plug pengecas telefon dan juga kabel mikro usb yang boleh anda guna untuk mengecas dan juga sambungan data. Ada juga earphone dan juga beberapa earbud berlainan saiz untuk kesesuaian telinga kita. Semua adalah item-item standard yang biasa kita akan dapat setelah membeli telefon pintar baru.

Zenfone 2 mempunyai paparan skrin 5.5" dengan resolusi 1920x1080, Full HD IPS. menggunakan skrin Corning Gorilla Glass 3 yang anti calar.

Memegang telefon ini, saya rasa berlainan sekali berbanding telefon lain . Rasa kukuh, selesa memegangnya. Mungkin disebabkan oleh rekaan belakang badannya yang melengkung ini. Walau bagaimanapun ini menjadikannya agak tebal berbanding telefon-telefon pintar lain yang berlumba lumba nak jadi yang paling nipis dipasaran.

Zenfone 2 mempunyai bateri berkapasiti 3000mAH yang tak boleh dikeluarkan.

Telefon ini juga menyokong penggunaan dua sim kad yang membolehkan anda mempunyai dua nombor telefon dalam satu telefon. Walau bagaimanapun, hanya simkad 1 saja yang menyokong rangkaian 4G, manakala simkad 2 hanya menyokong rangkaian 2G.

Jika anda mahu tambah ruang storan dalam telefon ini, terdapat slot kad mikrosd yang menyokong sehingga 64GB.

Zenfone 2 mempunyai antaramuka ZenUI 2.0 yang menampilkan lebih dari 1000 ciri-ciri hebat berbanding telefon android yang biasa. dan salah satunya ialah ZenMotion.

Zenfone 2 mempunyai masa respons sentuhan skrin sepantas 60ms. Satu ciri yang sangat bermanfaat kepada anda bila anda bermain permainan mobile.

Jika anda memakai sarung tangan, anda tak perlu nak buka sarung tangan anda untuk menyentuh skrin telefon ini. Cuma sentuh dan swipe saja seperti biasa.

Asus Zenfone 2 memiliki sistem operasi Android versi 5.0 lolipop.

Terdapat 5 variasi model telefon Zenfone 2 yang boleh anda sesuaikan dengan keperluan dan bajet anda.

Dapatkan info lanjut seperti harga, jenis model, dimana nak dapatkannya, dan segalanya tentang Asus Zenfone 2 di
--- http://theskop.com/?s=zenfone+2

Jom ikut TheSKOP untuk berita-berita gajet terbaru di pasaran. Kami di.....
--- FACEBOOK :   / theskopdotcom  
--- TWITTER :   / theskop  
--- INSTAGRAM :   / theskop  
--- YOUTUBE :    / theskopmalaysia  

Pautan video youtube buka kotak telefon Asus Zenfone 2 :    • Buka Kotak Asus Zenfone 2