Apa yang menarik dalam Melodi minggu ini? Nantikan kupasannya bersama pengacara Ain Edruce dan Fikry Ibrahim pada jam 12.30 tengah hari di TV3. Anda juga boleh strim secara langsung di saluran YouTube TV3MALAYSIA. Minggu ini, Ain dan Fikry akan ditemani pengarah filem Pontianak 200KG, Shuhaimi Lua, serta barisan pelakonnya, Ropie, Shiha Zikir dan Aya Amiruddin.
Antara paparan menarik yang telah disediakan:
Syamsul Yusof tangguh cerai?
Kunto Aji teruja dengan peminat Malaysia
Anak arwah Jins Shamsuddin mahu bersihkan nama
Orang masih sayangkan dia, kata Exists
Senang buat duit? Apa kata Drama Band?
Sophia Albarakbah kumpul bukti, sedia saman
Puteri Sarah pemegang takhta Ratu Mahkamah?
Ibarat jatuh ditimpa tangga, kata Zain Sulaiman
#Melodi