Tayangan : 2013
Pelakon : Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan & Pekin Ibrahim
Pengarah : Mamat Khalid
Sinopsis:
'Rock Oo' merupakan kesinambungan filem 'Rock' yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu 'Rimba Bara' yang bersemangat teguh untuk menempah nama di arena muzik tempatan yang akhirnya menjadi kenyataan.
Dalam filem ini Que Haidar yang memegang watak sebagai Amy Mat Piah merupakan seorang yang berpegang kepada perinsip 'pantang anak petani moden mengaku kalah' berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan 'Rimba Bara' dengan memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black) kembali dalam kumpulan rock mereka.