Sorotan Karnival Jom Masuk UKM 2.0 2024 X Suria

Опубликовано: 29 Март 2026
на канале: UKMSHAPE
151
1

Terima Kasih Kepada Semua Pihak yang Menjayakan Karnival Jom Masuk UKM 2.0 2024 X Suria.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha keras menjayakan Karnival Jom Masuk UKM 2.0 2024 yang telah berlangsung dengan meriah di kampus UKM Bangi baru-baru ini. Sambutan yang sangat hebat dan penuh semangat dari semua pengunjung telah menjadikan acara ini satu kejayaan yang tidak ternilai.

Seramai 893 pengunjung telah hadir memeriahkan karnival ini, menandakan betapa pentingnya acara ini dalam kalangan masyarakat. Karnival ini merupakan simbolik penutup jelajah Jom Masuk 2.0 yang telah dilaksanakan di 4 Zon termasuk Zon Selatan: Melaka, Zon Timur: Pahang, Zon Utara: Pulau Pinang, dan Zon Tengah: Selangor sebagai destinasi terakhir.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival, termasuklah podcast Generasi Varsiti, persembahan oleh artis jemputan, serta sesi ramah mesra bersama ahli Suria FM. Semua aktiviti ini telah menambahkan lagi kemeriahan dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua yang hadir.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suria FM yang telah membantu mempromosi acara ini dan melayani pengunjung dengan penuh dedikasi. Sokongan serta kerjasama daripada Suria FM telah memberikan nilai tambah yang besar kepada karnival ini.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak, termasuk peserta, pengunjung, dan setiap individu yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan Karnival Jom Masuk UKM 2.0 2024. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk acara-acara akan datang dan terus memperkukuh hubungan antara kita semua.