Selamat Hari Guru 2020

Опубликовано: 15 Июнь 2026
на канале: sitikhalijah
557
24

Video ringkas dan ceria yang dibuatkan khas buat para pendidik di luar sana sempena Hari Guru; 16 Mei 2020 kali ini. Walau pun tidak dapat bersama para pelajar dan sahabat handai, semoga rakan-rakan guru terus ceria di samping keluarga tersayang. Sama-sama kita memutuskan rangkaian COVID-19 ini.

Buat ibu dan ayah yang menjadi guru pertamaku, terima kasih atas segala tunjuk ajar mu selama ini. semoga kita semua diberi rahmat dari Ilahi...
Kepada para guru yang mengajar diri ini bermula dari SR Methodist (2), KL, SMK Methodist, KL, SM Teknik Setapak, KL, Kolej Matrikulasi Perlis dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.. Terima kasih cikgu. Halalkan segala ilmu yang diberikan dan semoga cikgu terus diberi kesihatan yang baik selalu. Saya sayang cikgu-cikgu!!!

Ucapan ini ditujukan juga kepada semua rakan saya yang bersama-sama mendidik anak bangsa kita di SMK Beladin, Sarawak, SMK St Anthony, Sarikei, SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka. Selamat hari guru kawan-kawan. semoga kita semua diberi keceriaan di hari-hari mendatang. Sesungguhnya kerinduan untuk bertemu memang ada. Semoga kita semua tabah menempuh norma baharu ini dalam mendidik anak bangsa dengan cara kita tersendiri. Insyallah.

Khas ucapan ditujukan juga kepada semua team JU Edidik Malaysia, team youtuber GCMalaysia Bot dan semua rakan peserta bengkel yang saya anggap sebagai kawan baharu dari seluruh Malaysia. Selamat hari guru semua.. Anda semua memang terbaik. Tahniah kepada usaha-usaha eDidik yang berjaya membantu anda semua menempuh norma baharu pendidikan kita masa kini. Terima kasih juga kerana telah berubah 360 darjah norma para sahabat demi pendidikan Malaysia amnya, dan para pelajar kita khususnya.

Ampun maaf daripada saya, cikgu khalijahLatiff dari Melaka untuk para viewers semua!!! Terima kasih...