Sembahyang - IDEAL [Official Lyrics Video]

Опубликовано: 10 Июль 2026
на канале: Rock Records MY
7,687
72

#Sembahyang #IDEAL
Album:Bukalah Hatimu
Artist:IDEAL (Member: Hanafi, Jasminor, Syamsul, Fadzli)
Composer:Nazrey
Author:Nazrey & Abu Bakar Raihan
Date of Release:24 February 2004
P&C: Rock Records (M) Sdn Bhd

Kumpulan nasyid “IDEAL” ditubuhkan pada bulan Januari 2001. Ideal dianggotai oleh empat orang anak muda yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi pengalaman dalam bidang nasyid.

IDEAL yang bermaksud serasi ditubuhkan setelah melalui beberapa sesi uji bakat yang dijalankan oleh Saudara Ahmad Sharani.

Kini, kumpulan Ideal giat menjalankan latihan dan persembahan bagi mempromosikan album pertama yang diterbitkan oleh syarikat rakaman ROCK RECORDS. Pembikinan album sulung Ideal diterbitkan oleh penerbit yang tidak asing lagi dalam persada nasyid tanah air iaitu Saudara Ahmad Sharani, Habib, Azmi Manap, dan Mualim.

Ahli Kumpulan Ideal terdiri daripada Syamsul Izzudin Hj Alin, Mohd Hanafi Jantan, Mohd Fadzli Abdullah dan Jasminor Abdullah.

Bagi Ideal, bakat dan minat perlu berjalan seiring, manakala disiplin pula adalah tunggak kejayaan dalam sesuatu bidang yang diceburi. Bakat yang dianugerahkan Allah, InsyaAllah akan dimanfaatkan bagi menyampaikan mesej dakwah dalam masyarakat tanpa mengira peringkat usia dan keturunan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sembahyang - IDEAL [ Official Lyrics Video]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
► 【Cara Download Caller Ringtone】

Celcom--------------Dail *323*165178# & Tekan CALL
DiGi ---------------- Dail 233 0165430 & Tekan CALL
Maxis ------------- Dail *131*271546#& Tekan CALL
UMobile -------- SMS CRM (space) 386358 & send to 28383
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

► 【Platform Digital 】
♫ KKBOX→ https://bit.ly/32DAPKw
♫ JOOX Malaysia→ https://bit.ly/3etlNfY
♫ iTunes & Apple Music→ https://apple.co/2Qqokzp
♫ Spotify→ https://spoti.fi/3aEyWl5
♫ Deezer →https://bit.ly/3sGgy1p
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
► 【Facebook】 Rock Records Malaysia Malay
  / rockrecordsm.  .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lirik:
SEMBAHYANG LIMALAH WAKTU
KITA KERJAKAN SIANG DAN MALAM
SEBAGAI HAMBA KITA MENYEMBAH
HANYA KEPADA ALLAH YANG ESA.

Sembahyang subuh dua rakaat
Kita tunaikan di subuh hari
Tidur malamnya janganlah lewat
Supaya bangun tidaklah berat

Sembahyang zohor empat rakaat
Kita tunaikan di siang hari
Setelah penat kita bekerja
Berehat sebentar…. dan tunaikanlah…

MARI-MARI KITA SEMUA
TUNAIKAN SOLAT YANG LIMA WAKTU..

SEMBAHYANG LIMALAH WAKTU
KITA KERJAKAN SIANG DAN MALAM
SEBAGAI HAMBA KITA MENYEMBAH
HANYA KEPADA ALLAH YANG ESA.

Sembahyang asar empat rakaat
Kita tunaikan di petang hari
Untuk bersyukur rezeki yang ada
Kepada Tuhan Maha Pemberi

Sembahyang maghrib tiga rakaat
Kita tunaikan menjelang malam
Untuk merasa kebesarannya
Siang dan malam Allah tentukan….

Sembahyang itu tiang agama
Janganlah kita merobohkannya
Kerana di akhirat yang mula ditanya
Adalah tentang sembahyang kita

Sembahyang isya’ empat rakaat
Kita tunaikan di waktu malam
Untuk bermohon kepada Allah
Dipanjang usia beramal soleh

SEMBAHYANG LIMALAH WAKTU
KITA KERJAKAN SIANG DAN MALAM
SEBAGAI HAMBA KITA MENYEMBAH (jangan-jangan kita tinggalkan)
HANYA KEPADA ALLAH YANG ESA.(walaupun satu dari waktunya)