Zamil penyokong kuat Najib ditahan reman SPRM, minta suapan

Опубликовано: 13 Июль 2026
на канале: Agenda Daily
32,873
187

Bekas pegawai khas kepada Najib Razak, Zamil Ibrahim antara tiga individu yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Ketiga-tiga mereka didakwa meminta wang daripada seorang pendakwah selebriti kononnya bagi membantu menyelesaikan kes pengubahan wang haram (AMLA) yang dalam siasatan polis.

Perintah reman empat hari sehingga 9 November itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali susulan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini. #agendadaily #sprm #zamilibrahim #reman #rasuah #najibrazak