Kurap Kepala (Tinea Capitis). Jangkitan Kulat Kepala - Gatal, Berkuping dan Rambut Gugur

Опубликовано: 25 Апрель 2026
на канале: Ikram Rauhi
613,133
9.1k

Assalamualaikum w.b.t

Kurap kepala adalah satu jangkitan kulat di bahagian kulit dan struktur rambut kepala.

Ianya boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit. Pesakit akan mengalami gejala seperti gatal kepala, rambut cepat putus, rosak, dan gugur dan akhirnya boleh menjadi botak setempat.

Kulit juga mungkin berkuping dan mengalami perubahan warna.

Kita akan lihat contoh bagaimana jangkitan kulat / kurap ini terjadi di bahagian kepala dan apakah rawatan yang sesuai bagi sakit ini.

Langkah pencegahan bagi mengelakkan dan mengatasi jangkitan kurap / kulat ini jangan dilupa, iaitu seperti :
Shampoo selalu
Jaga kebersihan diri dan selalu cuci tangan
Jangan pegang binatang yang mempunyai kurap
Jangan kongsi barangan peribadi.

Timestamp :

0:00 Kurap Kepala – Jangkitan Kulat di Bahagian Kulit dan Rambut
0:58 Bagaimana Jangkitan Kurap Kepala Merebak?
1:44 Apakah Penyebab / Punca Kurap Kepala?
2:15 Gejala dan Simptom Yang Dialami
2:57 Rawatan Kepada Kurap Kepala / Jangkitan Kulat
4:17 Langkah Pencegahan

Semoga bermanfaat.

Terima kasih menonton.

#kurapkepala
#jangkitankulatkepala
#kulitkepalagatalberkuping
#kulitkepalagatalbotak
#tineacapitis