Hari Kraf Kebangsaan 2024

Опубликовано: 11 Июль 2026
на канале: PMO Malaysia
76
5

Meluncurkan Hari Kraf Kebangsaan 2024 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pagi tadi.

YAB Perdana Menteri tekankan keperluan untuk perhebat promosi hasil tempatan, kraftangan, batik, songket dari setiap negeri bagi mengangkat martabat hidup rakyat miskin.

YAB Perdana Menteri juga mencadangkan saguhati kepada semua perwakilan asing sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dipengerusikan Malaysia tahun depan harus terdiri daripada produk kraftangan sekaligus dapat mempromosi karya tempatan kepada dunia.

YAB Perdana Menteri turut menyentuh soal pelancongan negara, di mana perlunya sinergi antara kementerian serta agensi bagi memastikan industri tersebut kekal berdaya saing dan lebih berkembang, meliputi pelbagai elemen yang saling berkaitan, antaranya perkhidmatan, keselamatan, kemudahan serta daya tarikan.

#MalaysiaMADANI

Sumber Video : RTM