Kamal Hyzail, seorang artis serba boleh yang semakin menyerlah dalam industri muzik Malaysia, kembali dengan single ketiganya yang bertajuk “K-PAP (Kamu Pusing Aku Pening)”. Lagu ini menampilkan identiti muzik Kamal yang bersahaja, humoris dan penuh karakter, menampilkan elemen koplo pop moden yang mudah diingati.
Dicipta oleh Jahad, dengan lirik hasil tulisan J. Looi dan Kamal Hyzail sendiri, “K-PAP (Kamu Pusing Aku Pening)” membawa kisah perhubungan yang kelakar, spontan dan penuh ‘chemistry’, disampaikan melalui permainan kata yang nakal tetapi menghiburkan. Melodi rancak serta pengulangan hook yang kuat menjadikan lagu ini mudah melekat dan pasti menjadi siulan peminat.
Single ini diterbitkan oleh Fat Cat Pro Sound Studio (M) di bawah bimbingan Executive Producer: Kamal Hyzail dan Producer: Hadi Hassan. Proses rakaman, adunan dan mastering turut dijalankan di studio yang sama, mengekalkan kualiti bunyi profesional yang menjadi identiti produksi mereka.
**********************************************************************
LIRIK :
Kamu Pusing Aku Pening (Kamal Hyzail)
Verse 1
Ini cerita hepi hepi
Bukan cerita sepi sepi
Kadang kadang tak mengerti ungkap cinta atau maki
(Maki maki uki uki)
Verse 2
Aku senang, Kamu gampang
Aku bisa, kamu boleh
Kau ke kantor aku ke pejabat
Aku punggong, kamu pantat
(Tat tat ketat ketat)
Korus
Kamu marah sebut anjing (Jing jing anjing anjing)
Aku marah sebut babi (Bi bi babi babi)
Pokoknya pokok pisang (Sang sang pisang pisang)
Aku coli, kamu kutang (Tang tang tintang tintang)
Kamu marah sebut … (Sound Anjing) (Jing jing anjing anjing)
Aku marah sebut ….(Sound Babi) (Bi bi babi babi)
Pokoknya pokok pisang (Sang sang pisang pisang)
Aku coli, kamu kutang (Tang tang tintang tintang)
Solo
Verse 3
Ini cerita hepi hepi
Bukan certita sepi sepi
Kadang kadang tak mengerti ungkap cinta atau maki
(Maki maki uki uki)
Ulang Korus (2x)
***********************************************************
PRODUKSI
Pelakon:
Penjual Coli – Kamal Hyzail
Pembeli Coli – Adalia
Atok Gelek – Miestar
Nenek Rocker / Gitaris – Farouk Hussain
Anjing – Sam Smith
Babi Jadian – Kakdong Tonggek
Penampilan Khas: Farouk Hussain, Miestar
Koreografer / Penari: Heidy & Adalia
Kamera: Momembe.co
Penyuntig Video: Amos & The Exile
Reka Bunyi / Sound Design: Harraz Hakeem
Idea / Konsep: Hadi Hassan
Dance Studio: Dak Syapik
Lokasi Penggambaran: Absolute Studio
Komposer : Jahad
Lirik : J.Looi & Kamal Hyzail
Akhir sekali, penghasilan keseluruhan projek ini adalah hasil kerjasama pasukan produksi yang berdedikasi di Fat Cat Pro Sound Studio (M)™.
© 2025 Fat Cat Pro Sound Studio (M). All Rights Reserved. Hakcipta Terpelihara.