Sekitar Siri Jelajah Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 di AEON Mall, Shah Alam pada Sabtu, 12 Oktober 2024 yang menampilkan tiga bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, Amri Yahya dan Mahalli Jasuli.
Selain itu, sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), program klinik bola sepak turut diadakan di DO Arena, Space U8, Shah Alam pada sebelah pagi.
Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell telah hadir bagi menyempurnakan majlis pembukaan program klinik bola sepak berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn Bhd, Hiroyuki Onoda.
ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 akan berlangsung dari 8 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025 yang mana skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Thailand, Singapura dan Timor Leste/Brunei.
#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup