Memaparkan aktiviti mengenai Digi Maker Camp yang berlangsung di tempat Pusat Internet (PI) Sungai Pinang, Pulau Pinang. Digi Maker Camp ini berjalan selama 2 hari iaitu pada 21-22 April 2018(Sabtu-Ahad).
Selain itu, aktiviti ini disertai oleh beberapa sekolah yang berdekatan dengan PI Sungai Pinang. Antaranya:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Pondok Upeh, Pulau Pinang
2. Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Sacret Heart, Pulau Pinang
3. Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) St. George, Pulau Pinang
Digi Maker Camp ini dikendalikan daripada ARUS Academy dan beberapa orang fasilitator yang terlibat. Semoga Digi Maker Camp ini dapat memberikan seribu satu pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang teknologi Arduino.
Objektif Digi Maker Camp ini adalah untuk memperkenalkan para pelajar sekolah dengan teknologi Arduino dan berkaitan dengan 'coding' nya.
Pusat Internet(PI) ini dibawah tanggungjawab Digi Telecommunications Sdn. Bhd. dan seliaan oleh Creative Century Management Sdn. Bhd.
Terima kasih.