#Video 'Batik Ecoprint-Contyang By Che Ah'
CAKNA USAHA MENDAYA EKONOMI
Petang tadi, Jumaat, 19 Mac 2021 saya singgah melihat sendiri usaha sekumpulan wanita menghasilkan batik di Kampung Paya Mat Insun, Pendang.
Yang menarik tentang batik warna alam ini ialah ia menggunakan daun-daun sebagai motif dan corak, berbeza dari teknik mencanting batik konvensional.
Ini julung kali saya melihat batik dihasilkan dengan mengetuk daun pada hamparan kain. Hasil ketukan yang teliti, warna dan bentuk daun akan tercetak pada kain. Beberapa proses susulan akan menghasilkan warna dan corak yang menarik.
Syabas Puan Basirah Abu Bakar, pemilik Che Ah Enterprise yang mengusahakan perniagaan batik yang unik ini. Saya percaya ia mampu berkembang maju. Malah, teknik batik warna alam ini boleh diajar kepada surirumah yang lain sebagai sumber pendapatan mereka.
Syok juga dapat mengecap batik sendiri bersama Ketua Pejuang Negeri Kedah, Dato’ Azimi Daim di situ. Pecah peluh jugalah mengetuk daun pada kain.
#MMFC
#kedahseratarata