Alhamdulillah, pada 9 April 2021, berlangsung sudah Majlis Konvokesyen ke-18 Universiti Sains Islam Malaysia di Dewan Tuanku Canselor secara janji temu bagi kami graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian. Walaupun aku dan rakan-rakan meraikan konvokesyen secara norma baharu, tetapi itu tidak menjadi penghalang keceriaan kami bersama ahli-ahli keluarga Inspire Zector dengan iringan pensyarah-pensyarah yang tercinta.
Apapun, inilah pengakhirannya kepada empat tahun keemasan kami di sini. Inilah bab yang terakhir selepas lembaran demi lembaran tertulis dalam diari kami selaku pemegang ijazah sarjana muda kaunseling. Selepas ini, masing-masing akan bergerak dengan matlamat dan hala tuju kehidupan yang tersendiri, yang pastinya untuk bersua kembali, agak sukar sekali, melainkan dengan perancangan dan izin Ilahi.
Terima kasih atas segala doa dan sokongan ke atas aku dan rakan-rakan sehingga kami berada di tahap ini. Perjalanan kami masih jauh lagi dan belum selesai. Bak kata Dr Mohd Zaliridzal Zakaria, konvokesyen ini satu pengakhiran yang memulakan satu lagi pengembaraan dan penerokaan.
Sehingga bertemu lagi, semua yang mengenali.
🎵 Music used:
Cinematic, Chill Lo-Fi Instrumental Beat, Vlogs [No Copyright Sound] - EcroDeron ( • Cinematic, Chill Lo-Fi Instrumental Beat, ... )
D'MASIV - Rindu Setengah Mati (Piano Cover) - AmirullahMZ ( • D'MASIV - Rindu Setengah Mati (Piano Cover) )
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
JANGAN LUPA LIKE, SHARE DAN SUBSCRIBE!
TEKAN "LOCENG" UNTUK TURN ON NOTIFICATION FOR MY NEW UPLOADS!
Follow me on social media!
Instagram & IGTV: @aspm1997 @the.fik1r
Twitter: / aspm1997
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬