Lagu 1 - Eulogi (video lirik)

Опубликовано: 14 Июнь 2026
на канале: VIONA
1,283
43

masih tenang

tiada ombak yang bergelora

tiada buaya yang berenang

tiada onar ribut melanda


begitu halus rekahan

yang tersimpan

di hujung ruang

jauh dalam fikiran

dan mata

kita


teguh berdiri

tak terkesan gempa sekeliling

setia berpegang pada janji

jarang sekali berlaga taring


emosi yang cukup mapan

tak terlawan

gundah gulana

bayangan keraguan

cerita sengketa


dengarlah eulogi

tentang legenda yang abadi

bersatu pahlawan dan srikandi

dendangan yang sakti

bentang kasih yang dulu putik

dalam duri, kini diselimuti melati


harum melati sungguh mengasyikkan mabuk kepayang hampir hilang tujuan

tapi cukup berani bertahun bertahan berahi dipendam dalam lipatan


perasaan sayang itu yang paling murni

perlahan-lahan telan khilaf segala emosi


sukar sungguh untuk bergelumang

dalam nafsu garang

dengan nawaitu mahu berperang


khayal dalam bahagia

tiada sengketa

tiada sebarang fikiran curiga

kepercayaan mengatasi segala

gagasan yang dipuja

keyakinan dua hala


hala tuju engkau aku

hampir sama dan sekufu, lalu

kita kukuh bak yang satu

takkan rebah terus maju


emosi yang cukup mapan

tak terlawan

gundah gulana

bayangan keraguan

cerita sengketa


dengarlah eulogi

tentang legenda yang abadi

bersatu pahlawan dan srikandi

dendangan yang sakti

bentang kasih yang dulu putik

dalam duri, kini diselimuti melati