Lagu 3 - Raksasa (video lirik)

Опубликовано: 17 Август 2026
на канале: VIONA
1,400
42

terkedu jantungku pabila tahu

hatimu yang sudah lama layu

terkesima dalam duka

mengapa disimpan bisu kata


katamu, selembut baldu

kini menjadi serpihan kaca

berkecaian

adakah ini angan-angan


terguris hati yang fikir kita di awangan

tapi tak ku fikir perit yang mencarik jati dalam

perlahan menjadi lembaga puaka yang menerpa

setiap siang yang sudahpun ditemani derita

kerana tiada khabar berita yang menyapa telingaku

yang laju hanya lidahku mencungkil ini dan itu

hingga bersepai mulus

segala yang ditimbus

salah khilaf menjadi batu api pada kata


kata yang, lama melayang

dalam kepala namun tak terungkap jua kerana

raksasa yang masih bertakhta


madu jadi hempedu

pabila diperam lama begitu


dulu peribadimu menghiasi

suram hari-hariku


namun dalam diam ku tahu

jiwa tenangmu terganggu


tak pula terlintas di mindaku

bahawa puncanya itu aku


tiap gerak gerimu

makin hari makin kaku


setiap detik waktu

dibelenggu

bimbang terpijak paku

yang ditabur

dengan kata


kata yang, lama melayang

dalam kepala namun tak terungkap jua kerana

raksasa yang masih bertakhta


kedu jantungku pabila tahu

hatimu yang sudah lama layu

terkesima dalam duka

tak lagi disimpan bisu kata


kata yang, sudah terbentang

lalu terlerai kisah kasih yang ditatang kerana

rasa sayang masih bertakhta