CARA BUAT PSB GUNA BAHAN DAPUR

Опубликовано: 06 Июль 2026
на канале: MT AZMAN STUDIO
1,764
11

Assalammualaikum hi guys!!

Terima kasih kerana sudi menonton video bagaimana cara saya menghasilkan PSB dengan gabungan dari beberapa resipi yang saya pelajari. Kelebihan PSB berbanding baja lain adalah:

1- memberi kesuburan yang baik utk tanaman
2- menguatkan tumbuhan dan mempunyai daya tahan serangan penyakit pada tumbuhan
3- mikroorganisma yang terdapat dalam psb membantu menyuburkan tanah
4- boleh merawat sisa kumbahan, sisa pepejal dan kualiti air kolam
5- menjadi sumber makanan kepada hidupan kecil dalam air
6- mengawal ammonia daripada sisa ikan
7- mencuci kandang (bersih dan hilang bau)
8- sesuai untuk semua jenis peringkat tanaman (anak benih - dewasa)

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A (campur semua hingga sebati)
1- Telur 2 biji
2- Micin/MSG 2 sudu besar
3- Sos ikan 2 sudu makan
4- Belacan 2 sudu makan

Bahan B
1-Botol 1.5L dan diisi dengan air jenis (air kolam/telaga/air hujan/air tanpa klorin)

masukkan 2 sudu besar dalam setiap botol tadi, dan jemur ditempat panas hingga berubah warna menjadi merah.

untuk lebih detial sila tonton video ini hingga selesai dan jangan lupa SUBSCRIBE, LIKE, KOMEN & KONGSIKAN ilmu ini kepada semua. Doakan saya semoga dimurahkan rezeki dan saya HALAL kan ilmu ini untuk dikongsi kerana Allah.