TREM CHELURUT DI TANJONG KARANG

Опубликовано: 30 Июнь 2026
на канале: MT AZMAN STUDIO
1,199
34

Trem Chelurut hasil inovasi idea anak muda daripada Sawah Sempadan ini telah mendapat perhatian ramai apabila Trem ciptaan beliau membawa penumpang mengelilingi sawah. Mula menjadi viral apabila semakin ramai pengunjung memilih untuk menaiki Trem Chelurut ini bagi merasai sendiri suasana angin bendang selain mereka turut dibawa melalui kawasan terusan besar (ban kenal) serta melihat aktiviti masyarakat setempat.

Menariknya trem ini turut memberi sinar harapan kepada para pengusaha Homestay dan Art Craft kerana kawasan sekitar di Tanjong Karang mula menjadi tumpuan percutian.

Lokasi Trem Chelurut ini berada di Jalan Mayang Rotan, Sawah Sempadan Tanjong Karang. Tapi ingat guys kalau korang nak walk in untuk naik jarang dapat sebab tempahan sentiasa full. so dinasihatkan buat dahulu tempahan / booking sebelum temujanji.

link untuk booking trem chelurut:
https://BookingTremChelurut.wasap.my