Hanya dengan mengajar kepada anak perkara yang mudah, kita mampu memperoleh anak yang bijak. Tandanya, bila mereka ada rasa INGIN TAHU terhadap sesuatu perkara.
Malah, si kecil itu akan pandai bertutur dan faham pelbagai perkara dengan cepat. Sampai satu masa, semua benda yang mereka nampak mereka nak tanya. Senang cerita mereka cepat matang.
Hebatkan?
Tiadalah mereka menjadi anak yang pasif sehingga memberi kesan kepada perkembangan diri mereka.
Setiap hari, cuba ajarkan perkataan mudah. Kalau si kecil masih baby, tak mampu bercakap lagi, tidak menjadi masalah untuk ajarkan kepada mereka apa yang mereka lihat.
Ini juga akan meningkatkan lagi daya fikir si kecil. Bukan setakat memandang sesuatu, tapi mereka mampu melihat iaitu ketahui sesuatu perkara dan bertindak.
Cubalah!