Selain boleh dipakai untuk menunaikan Haji atau Umrah, koleksi ini turut boleh digayakan sebagai “casual wear” khas untuk mereka yang mencintai “modesty look”, minimalis dan pada masa yang sama sangat selesa. Mempunyai ciri kain yang sangat selesa dan “airy”, model juga jujur mengatakan walaupun photoshoot dalam keadaan panas terik, tak rasa berpeluh pun kerana materialnya yang ringan.