myViewBoard: Digital Whiteboard

Опубликовано: 01 Август 2026
на канале: Madam Ain Qis
9,482
265

myViewBoard merupakan digital whiteboard yang komprehensif dan mudah digunakan oleh para pendidik terutamanya sewaktu melaksanakan pengajaran secara online. Apa yang istimewanya, myViewBoard boleh di install di desktop, tablet dan smartphone anda. myViewBoard juga boleh digunakan secara offline serta boleh integrasikan dengan pelbagai jenis format dokumen seperti word, powerpoint, gambar, pdf dan sebagainya di atas satu canvas. Pelbagai fungsi interaktif dapat dimasukkan dalam canvas digital whiteboard ini. Pendidik juga boleh menggunakan whiteboard ini dalam dua mode iaitu preparation mode dan presentation mode. Ini membolehkan pendidik menyediakan terlebih dahulu bahan PdP yang akan digunakan dalam preparation mode. Sewaktu kelas online berlansung, pendidik boleh menggunakan presentation mode dan menulis serta menggunakan digital whiteboard ini bagi membantu proses pengajaran.