Melihat kepada negara yang meneruskan proses pilihanraya dalam tahun 2020, apa yang Malaysia boleh pelajari?
Tidak lama lagi, pada 6 Jun 2021, Dewan Undangan Negeri Sarawak ke 18 akan dianggap terbubar secara automatik, setelah cukup 5 tahun sejak sidangnya yang pertama. Menurut perlembagaan, pilihanraya negeri perlu diadakan dalam tempoh 2 bulan selepas itu. Namun dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mengisytihar darurat di seluruh malaysia bermula Januari 2021, tiada pilihanraya boleh diadakan sehingga tamatnya tempoh darurat. Situasi ini sama juga yang dialami pilihanraya kecil untuk Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya, yang mana kesemuanya tertangguh disebabkan semua kawasan tersebut telah diletakkan di bawah status darurat.
Ini semua terjadi, gara-gara kenaikan drastik jumlah kes covid19 dalam negara, selepas pilihanraya negeri Sabah pada september 2020. Merebaknya jangkitan covid19 sejak oktober 2020 dikatakan berasal dari sepanjang tempoh kempen dan hari pilihanraya di Sabah. Langkah mengisytihar darurat adalah cara untuk menangguh mana-mana pilihanraya untuk diadakan, demi memastikan pengawalan jangkitan kes covid19. Ini dikira agak malang, kerana banyak langkah pembaikan boleh diambil dalam proses pilihanraya di malaysia itu sendiri, untuk mengelakkan ulangan kesilapan yang berlaku akibat PRN Sabah tempohari.
Melihat kepada negara-negara yang meneruskan pelaksanaan pilihanraya pada tahun lepas, banyak penambahbaikan yang boleh diambil oleh Malaysia bagi membolehkan pilihanraya berjalan seperti yang dikehendaki perlembagaan.
#malaysia #elections #pilihanraya
facebook: / apediapedia
Music: Signal To Noise by Scott Buckley ( / scottbuckley )