Di mana silap Malaysia?

Опубликовано: 11 Июль 2026
на канале: apediapedia
106
4

Malaysia kini memasuki tempoh krisis COVID-19 paling kritikal sejak bermulanya pandemik ini. Pada 12 Ogos 2021 negara merekodkan lebih 21 ribu kes COVID-19 yang baru, dengan lebih 1.3 juta kes keseluruhan. Negara kita kini baru manamatkan darurat, namun keadaan jelas lebih terdesak dari sebelum darurat diisytihar pada januari 2021. Status kes covid 19 dan kematian semakin bertambah, ramai kehilangan pekerjaan, dan sistem kesihatan berada di tahap runcing. Ini berbeza dari keadaan negara pada pertengahan tahun 2020. Pada masa yang sama tahun lalu, Malaysia hanya melaporkan sekitar 10 kes baru setiap hari dan mempunyai salah satu rekod pemulihan COVID-19 terbaik di seluruh dunia. Situasi semasa sangat menyedihkan, namun banyak persoalan berbangkit tentang punca sebenar keadaan semakin teruk.

#malaysia #covid19 #pandemik

facebook:   / apediapedia  
Music : Kevin Macleod http://incompetech.com