Apa itu BRC? Bahagian 5/5

Опубликовано: 12 Апрель 2026
на канале: ATKC eWarehouse Home Improvement Store
778
19

BRC (British Reinforcement Concrete) is commonly used in construction for various applications. It is a type of reinforcement mesh made from high-quality steel wire that is welded together to form a grid-like structure. Mainly used for reinforcing concrete such as floors, roads, slabs and etc. The product results in considerable savings in time, labor and money.

Transcript
BRC? Apa dia BRC? Wire Mesh? Steel Fabric? Sama ajer, dipanggil BRC!
Sebenarnya, 'BRC' adalah singkatan bagi perkataan 'British Reinforced Concrete'. Ia merupakan 'steel bar' atau besi keluli’’ yang disusun untuk membentuk susunan empat segi melalui 2 kaedah:-
1. Weld – Pematerian
2. Woven – Sulaman

Susunan ini kemudiannya dikenali sebagai ‘BRC Panel’, yang mempunyai pelbagai variasi ketebalan bergantung kepada saiz panel dan juga kegunaan.

Untuk memastikan korang tak pening-pening, penjelasan Ah Gei seterusnya akan bertumpu pada ‘BRC’ yang digunakan sebagai ‘penguat’ atau ‘reinforced’ struktur konkrit untuk bangunan atau industri pembinaan.
‘BRC’ ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis.
1. Standard Sheet - Helaian BRC piawai, yang biasanya terdapat dalam pasaran.
2. Cut-to-size - BRC yang dikilang mengikut dimensi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan atau aplikasi tertentu - menjimatkan masa, kos & mengelakkan pembaziran.
3. Special Mesh - BRC khas yang direka bentuk mengikut aplikasi kejuruteraan.

Untuk ‘Standard Sheet’ atau Helaian Piawai,
1. Saiz: Metric BS - British Standard 2.2M (W) x 6.0M (M)
2. Jenis: A, B, C, DA

Sebagai contoh:
BRC-RA4, RA5, RA6, RA7, RA8, RA9, A10, A11, A12 & A13.

Huruf R menandakan Piawaian BS - Bristish Standard.
Huruf A merujuk kepada BRC jenis A atau ’Square Mesh’ - dengan jarak petak segi empat sama berukuran 200mm X 200mm.
Angka 6 merujuk kepada diameter besi keluli iaitu 6.0mm.

Yang selalu beli BRC ini, pernah dengar tak istilah ‘Full Spec’ atau ‘JKR Full Spec’ tak?
Untuk BRC jenis A yang Full Spec, harus memenuhi syarat-syarat ini
1. Mempunyai sejumlah 11 x 30 wayar, iaitu 11 ’Main Wire’ bersilang dengan 30 ‘Cross Wire’.
2. Diameter ’Main Wire’ & ‘Cross Wire’ adalah sama & tepat mengikut jenis BRC.
3. Mempunyai Kekuatan Tegangan Gred 500 atau 500Mpa & mematuhi piawaian industri MS 145:2014 (BS 4483:2005)
4. Mempunyai pensijilan SIRIM dan pengiktirafan CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Yang citer panjang lebar ini, baru ajer BRC jenis A, bagaimana pulak dengan B, C & DA?
Jangan risau, mari Ah Gei rumuskan secara ringkas.
1. BRC jenis B – ‘Rectangular Mesh’ – dengan jarak segi empat tepat berukuran 100MM x 200MM
Contoh: BRC-RB5, RB6, RB7 sehingga RB13
2. BRC jenis C – ‘Long Rectangular Mesh’ – dengan jarak segi empat tepat berukuran 100MM x 400MM
Contoh: BRC-RC5, RC6, RC7 sehingga RC13
3. BRC jenis DA – ‘Small Square Mesh’ – dengan jarak segi empat sama kecil berukuran 100MM x 100MM
Contoh: BRC-RDA4, RDA5, RDA6 sehingga RDA13

Sekian sahaja, penjelasan Ah Gei tentang BRC, Wire Mesh atau Steel Fabric! Yang masih tak faham lagi, minta ‘play-back’ video Ah Gei berulang kali. Manakala, untuk yang dah faham, jangan kedekut, diminta ’LIKE, FOLLOW & SHARE’ kan video Ah Gei!
Saya Ah Gei dari ATKC Hardware.
Kita jumpa lagi dalam episod seterusnya!

For more information, please visit www.ewarehouse.my - Malaysia's Largest Home Improvement Online Store.
Thank you Zhenta Steel Industries Sdn Bhd for providing the BRC samples!
#atkc #ewarehouse #warehouse #angkokgei #ahgei #brc #wiremesh #steelfabric #zhentasteel