Racun Rumpai jenis Glyphosate, juga dikenali sebagai Glyphosate-isopropyl ammonium atau Glyphosate Isopropylamine.
Sejarah Glyphosate
Glyphosate adalah racun rumpai yang diformulasikan oleh Syarikat Monsanto, Amerika Syarikat pada tahun 1970, dan mula berada di pasaran pada tahun 1974 di bawah nama dagang ”Roundup”.
Pada tahun 2000, hak atau paten eksklusif “Glyphosate” yang didaftarkan oleh Monsanto telah pun luput. Ini membuka peluang kepada pengilang yang lain untuk menghasilkan formula racun rumpai masing-masing yang berasaskan ”Glyphosate”.
Sebagai contoh:
Maestro 41 yang didaftarkan oleh Halex (M) Sdn Bhd
Pounce 410 yang didaftarkan oleh Zagro Chemicals Sdn Bhd
Nombor Pendaftaran LRMP
Skim pendaftaran racun makhluk perosak adalah bertujuan menentukan racun makhluk perosak yang dipasarkan adalah berkesan seperti mana didakwa oleh pihak syarikat yang mendaftar dan selamat dikendalikan dengan syarat segala garis panduan dan peraturan penggunaannya dipatuhi.
Pendaftaran juga bertujuan untuk memastikan racun makhluk perosak yang didapati di pasaran itu mengandungi perawis aktif tertentu dalam kuantiti yang betul seperti yang dinyatakan di label dan dalam perumusan-perumusan yang sesuai dan diisi dalam bekas-bekas yang sesuai dan berlabel.
Apa itu Perawis Aktif?
Perawis Aktif juga dikenali sebagai bahan aktif (active ingredient) ialah bahan dalam racun perosak yang aktif secara biologi, atau sebagai formulasi racun makhluk perosak.
Sebagai contoh.
Perawis Aktif - Glyphosate-Isopropylammonium 41.0% w/w
Perawis Lengai 59.0% w/w
Apa maksud “w/w”?
”w/w” atau “weight/weight” atau “berat/berat”
Merujuk kepada berat sesuatu bahan larut berbanding dengan jumlah berat larutan tersebut.
Sebagai contoh.
Untuk 1kg Racun Rumpai “Roundup”, ia mengandungi sejumlah 41% atau 410gram Glyphosate-isopropylamine.
Mengikut Jabatan Pertanian Malaysia, Racun Perosak boleh dibahagikan kepada 5 kelas mengikut pita atau jalur berwarna.
Sebagai contoh.
1a - Hitam - Simbol Tengkorak - Beracun - Amat Bisa
1b - Merah - Simbol Tengkorak - Beracun - Bisa
II - Kuning - Beracun
III - Biru - Berbahaya
IV - Tiada Warna
Sebagai contoh.
Roundup, Maestro 41, Pounce 410
III - Pita atau Jalur berwarna Biru - Berbahaya
Apakah kaitan warna jalur dengan keberkesanan racun makhluk perosak?
Tiada kaitan.
Semua racun makhluk perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal perosak.
Ia bergantung kepada bagaimana racun perosak diguna dan disembur seperti yang disyorkan pada label.
Mekanisme Glyphosate atau cara Glyphosate bertindak
Glyphosate adalah racun jenis sistemik atau serap, bukan selektif yang berspektrum luas.
Ini bermakna Glyphosate boleh menghapuskan kebanyakan rumput-rumpai, lalang, rusiga dan tumbuhan berkayu.
Racun ini bertindak dengan menyerap melalui bahagian daun dan menyerang keseluruhan bahagian pokok iaitu batang, pucuk, akar, buah dan lain-lain.
Secara ringkasnya, Glyphosate menghalang tumbuhan tersebut daripada menghasilkan sejenis protein yang diperlukan untuk tumbesaran.
Glyphosate biasanya digunakan dalam hortikultur, lanskap dan juga ladang kelapa sawit.
"Glyphosate stops a specific enzyme pathway, the shikimic acid pathway. The shikimic acid pathway is necessary for plants and some microorganisms."
Kebaikan
▪ Efektif - Memberi kesan yang lebih lama berbanding dengan racun rumpai yang lain.
▪ Mempunyai spektrum yang luas, boleh menghapuskan kebanyakan jenis tumbuhan.
▪ Kekerapan menyembur racun akan semakin berkurang.
▪ Menjimatkan kos.
Keburukan
▪ Lambat bertindak - Memerlukan tempoh masa 7 - 10 hari untuk menampakkan kesan.
▪ Walaupun boleh mengawal lebih 160 jenis rumpai, tapi gagal menghalang rumpai ganas atau antagonis.
▪ Tidak boleh digunakan pada tanaman dengan akar cetek atau akar yang terdedah seperti ketumbar, lada, anggur dan betik.
▪ Kembimbangan toksik yang memberi kesan ke atas kesihatan manusia, haiwan serta pencemaran alam sekitar.
▪ Kebimbangan sebagai karsinogen yang boleh menyebabkan cancer atau barah kepada manusia serta mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
▪ Glyphosate mengganggu biologi tanah kerana ia adalah toksik kepada mikroflora dan cacing tanah yang bermanfaat.
Cara Penggunaan/ Sukatan Glyphosate 41.0%
Sebagai contoh.
Untuk lalang @ Imperata Cylindrica.
Kadar racun:
60ml Glyposate 41.0% untuk 10 liter air bersih
Untuk campuran tong racun 20l, anda memerlukan sejumlah 120ml Glyphosate 41.10%
Mengikut kiraan, keluasan tanah 1 hektar atau 2.47 ekar memperlukan sejumlah 6l Glyphosate 41.0%
*Kadar racun yang digunakan mungkin berbeza mengikut jenis kawasan tanaman & jenis rumpai.
For more information, please visit www.ewarehouse.my - Malaysia's Largest Home Improvement Online Store.
#atkc #warehouse #ewarehouse #angkokgei #ahgei #racunrumput