Hukum Tawaf Wada' Musafir Ke Taif

Опубликовано: 05 Август 2026
на канале: Rayhar Studio
54,142
349

Antara tempat menarik yang sering dikunjungi para jemaah adalah Taif. Taif mempunyai sejarah mengenai tentangan hebat terhadap Rasulullah namun selepas beribu tahun selepas penduduk Taif menerima Islam, tempat ini semakin maju dan subur menghijau. Ia menjadi salah satu tempat ziarah penduduk sekitar berikutan cuaca di Taif lebih sejuk berbanding Mekah.

Sebelum menziarahi Kota Taif pastikan jemaah melakukan Tawaf Wada'. dan jika berniat uuntuk melakukan Umrah selepas pulang dari Taif, jemaah wajib berniat ihram di Qarnul Manazil dan melakukan umrah

Tawaf Wada ialah tawaf selamat tinggal untuk sesiapa yang ingin keluar daripada Makkah. Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-36 telah memutuskan jika keluar lebih dari 2 marhalah wajib untuk melakukan Tawaf Wada. Memandangkan tempat peranginan yangg sering dikunjungi jemaah ketika ke Taif adalah melebihi 92km, maka perlu melakukan Tawaf Wada.

Ketika dalam perjalanan pulang jemaah dari Taif jemaah akan melalui Miqat Qarnul Manazil, jemaah boleh berniat ihram jika ingin melakukan Umrah.

Jika selepas pulang dari Taif jika jemaah memang tiada niat lagi untuk melakukan Umrah sehingga pulang ke Malaysia atau berangkat ke Madinah, maka tak perlu berniat ihram.

0:00 - Pengenalan
1:36 - 4 Situasi & Hukum Bagi Jemaah Yang Mengunjungi Taif
1:48 - Perjalanan Pertama Malaysia-Jeddah-Taif-Makkah
2:37 - Perjalanan Ke-2 Makkah-Taif-Makkah
4:26 - Perjalanan Ke-2 Selepas pulang dari Taif Jemaah Tiada niat Mengerjakan Umrah sehingga pulang ke Malaysa
5:12 - Perjalanan Ke-3 Makkah-Taif-Madinah
5:48 - Perjalanan Ke-4 Madinah-Taif-Makkah

►Mulakan Pra-pendaftaran Umrah anda
https://rayhar.net/nak-tanya-umrah

►Subscribe dan tekan loceng untuk lihat video-video terbaru:    / rayhar  

►Lihat Pakej Umrah, Haji atau Pelancongan Islamik
https://www.rayhar.com

Layari Media Sosial kami:
►Facebook:   / officialrayhartravels  
►Instagram:   / rayhartravels  

#jomrayhar #rayhar #rayhartravels #umrah2022