Kaki Gunung Jabal Thur
Sebuah gunung yang tertinggi antara gunung-gunung yang berada disekitar Makkah. Dilereng puncaknya terdapat Gua Thur yang pernah menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama sahabatnya Abu Bakar dalam perjalanan mereka untuk berhijarah ke Madinah.
Arafah-Jabal Rahmah
Padang Sahara yang agak luas, dikelilingi oleh bukit-bukit, jaraknya dari Makkah adalah 25 kilometer. Sisinilah tempat untuk mengerjakan wukuf iaitu puncak ibadat haji. Dari tempat ini boleh dilihat Jabal Rahmah yang dipuncaknya terdapat tugu putih, tempat dimana pertemuan nabi adam dan hawa selepas terpisah selama 400 tahun.
Mina
Disini terdapat tiga jamrah (tempat melontar untuk Jemaah haji) iaitu Jamratul Ula, Jamratul Usta Dan Jamratul Aqabah. Jamrah-jamrah ini ialah temapt Nabi Ibrahim A.S melontar syaitan semasa Nabi Ibrahim A.S hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S
Masjid Ja’ranah - Miqat Umrah
Ja'ranah merupakan salah satu tempat miqat sekiranya kita hendak mengerjakan umrah. Diberitakan rasullullah s.a.w. bermiqat dari sini dan pahala umrah bermiqat di sini menyamai pahala 7 kali umrah.
►Mulakan Pra-pendaftaran Umrah anda
https://rayhar.net/nak-tanya-umrah
►Subscribe dan tekan loceng untuk lihat video-video terbaru: / rayhar
►Lihat Pakej Umrah, Haji atau Pelancongan Islamik
https://www.rayhar.com
Layari Media Sosial kami:
►Facebook: / officialrayhartravels
►Instagram: / rayhartravels
#jomrayhar #rayhar #rayhartravels #umrah2022